Terma & Syarat Umum

 

  1. Pasangan suami isteri yang datang berdua-duaan wajib menunjukkan Sijil Nikah atau Kad Pengesahan Pernikahan semasa Daftar Masuk (check In).
  2. Jika datang bersama rakan-rakan sahaja, tidak dibenarkan bercampur lelaki dan perempuan di sebuah chalet yang sama walaupun untuk tempahan yang tidak bermalam. Pelanggan perlu menyewa sekurang-kurang dua buah chalet, 1 untuk perempuan dan 1 untuk lelaki.
  3. Hanya dapur gas, cerek elektrik dan peti sejuk sahaja yang disediakan di chalet terpilih.
  4. Peralatan memasak yang lain seperti periuk nasi, kuali, pinggan mangkuk, cawan, pisau dan lain-lain peralatan bagi aktiviti BBQ seperti jaring/arang/pengepit/kipas dan lain-lain perlu dibawa sendiri.
  5. Keselamatan adalah 100% dibawah tanggungjawab penyewa sendiri. Jika membawa anak-anak kecil bersama, anda diwajibkan untuk mengawasi anak-anak anda sepanjang masa disebabkan kedudukan kolam adalah berhampiran dengan setiap bilik.
  6. Deposit 50% perlu dibuat dalam tempoh 48jam untuk setiap tempahan yang telah dibuat, selepas tempoh 48jam, tempahan akan terbatal secara automatik sekiranya pembayaran deposit tidak dibuat.
  7. Yuran Pembatalan Tempahan akan dikenakan sekiranya ingin membatalkan tempahan atau ingin menunda tarikh tempahan:
  • RM 15 – Chalet Siti Aminah
  • RM 15 – Chalet Siti Fatimah
  • RM 30 – Chalet Siti Khadijah
  • RM 30 – Chalet Siti Aisyah
  • RM 30 – Chalet Siti Safiyyah
  • RM 10 – Dorm Hassan

 

Untuk Makluman,

 

Ketika musim kemarau biasanya tekanan air menjadi perlahan, akan berlaku tekanan air rendah, ada ketikanya berkemungkinan berlaku masalah tiada bekalan air paip, daun-daun kering akan sentiasa berguguran di dalam kolam dan kawasan sekeliling. Jika keadaan kritikal berlaku sehingga menyebabkan air kolam tak dapat diisi, maka Pihak Pengurusan akan menghentikan operasi buat sementara waktu..

 

Terima kasih,

Pengurusan Chalet Salak Denai.