Mengenai Kami

  • SalakDenai-Slider-6

Puji dan Syukur kepada Allah diatas segala nikmat yang telah diberikan ..Segala usaha dan tenaga yang dicurahkan selama ini adalah hasil daripada ilham dan izin daripadaNya.

Alhamdulillah, akhirnya laman web ini dapat dilaksanakan dengan harapan lebih memudahkan pelanggan untuk mendapat maklumat mengenai kami.

Untuk makluman, Salak Denai merupakan sebuah tempat perkelahan keluarga yang diinspirasikan oleh encik Yusoff Bin Ali. Idea untuk membina Salak Denai tercetus dari minat keluarga kami sendiri yang sememangnya suka dengan aktiviti berkelah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dengan meluangkan masa berkualiti sambil menikmati suasana alam yang mendamaikan.

Mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai 2004, Chalet Salak Denai yang dahulunya dibina sekadar memenuhi hobi kini menjadi salah satu destinasi percutian pilihan pelancong dari serata negeri kerana konsep inap desa ‘satu chalet, satu kolam renang’ yang cuba diketengahkan berjaya menarik minat ramai pengunjung.

Salak Denai diusahakan secara kecil-kecilan berdasarkan impian beliau untuk menyediakan tempat berkelah yang lebih sesuai dengan tuntutan agama dimana kita dapat beriadah sambil menjaga batas-batas pergaulan.

Jadi disini setiap rumah mempunyai kolam sendiri dimana kita dapat mandi manda bersama keluarga tercinta tanpa perlu bercampur dengan orang lain.

Lokasi kami terletak berhampiran dengan kawasan Rekreasi Batu Hampar Yan, Kedah. Bagi mereka yang berkongsi minat yang sama dengan kami dan berminat untuk menginap disini, anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu kerana tempat yang disediakan agak terhad.

Logo-Salak-Denai

Sebagai kemudahan para pelanggan, kini tempahan secara atas talian (online booking) boleh dibuat melalui laman web www.salakdenai.com ini. Pelanggan yang membuat tempahan secara online akan menerima email untuk memaklumkan status tempahan yang telah dibuat.

Mudah-mudahan apa yang kami usahakan ini membawa manfaat untuk semua dan semoga Salak Denai menjadi destinasi pilihan anda bagi mengeratkan ukhwah sesama keluarga..InsyaAllah.

Terima Kasih,

Pengurusan Chalet Salak Denai