Berkelah di hutan lipur sambil mandi-manda di kawasan air terjun mendinginkan yang mengalir dari gunung dengan ditemani suara kicauan burung di sekeliling pasti menjadi dambaan setiap orang yang ingin menikmati percutian berasaskan keindahan alam semula jadi.
Namun, suasana percutian diidamkan mungkin hambar sekiranya kawasan perkelahan dikunjungi sesak dengan kehadiran pelancong lain sehingga terpaksa berebut-rebut bagi mendapatkan sudut terbaik untuk berkelah.
Jemu dengan suasana percutian sedemikian? Kami menjemput anda untuk menikmati percutian bajet dan privasi untuk seisi keluarga.
Terletak berhampiran kawasan air terjun Batu Hampar dan Titi Hayun, Salak Denai bukan satu destinasi percutian mewah yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur, pengunjung dijamin berpuas hati sekiranya memilih untuk bercuti disini.



Lokasi yang strategik, berhampiran beberapa kawasan pelancongan di daerah Yan seperti Titi Hayun, Batu Hampar, Pantai Murni dan Tanjung Dawai, selain kemudahan chalet Salak Denai juga unik kerana berkonsepkan satu chalet satu kolam renang.
Pengujung dapat menikmati kesejukan air terjun semula jadi ketika mandi di kolam dengan air yang disalurkan datang dari air terjun Batu Hampar dan akan ditukar dengan air lain setiap kali ada pengunjung baru.
Lebih menarik apabila setiap kolam renang juga mempunyai papan gelongsor yang akan menjadikan aktiviti mandi-manda seisi keluarga menjadi lebih menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak.
Keadaan itu juga dilihat lebih selamat jika dibandingkan dengan kawasan air terjun sebenar yang mungkin menyebabkan pengunjung terdedah kepada bahaya seperti keadaan batu yang licin atau arus deras apabila hujan lebat.
Salak Denai Chalet
Destinasi Percutian
Pilihan Keluarga
1 Chalet 1 Kolam
Beriadah Sambil Menjaga Batas-Batas Agama
Nikmati Suasana Alam Semulajadi Yang Mendamaikan
Chalet Salak Denai
Antara Kemudahan Yang Disediakan
Kunjungi Kami
SALAK DENAI CHALET
Jalan Batu Hampar,
06900 Yan,
Kedah Darul Aman.
Tel : 012-537 6151